Setelah selesai mesyuarat guru, Mesyuarat Kurikulum pula menyusul.
Program Keibubapaan Murid Tingkatan 5 telah dijalankan pada hari ini dengan di rasmikan oleh Yang Berhormat Dato Haji Mohamed Idris bin Haji Abu Bakar, ADUN Hulu Selangor. Program ini dijalankan dengan tujuan memberi makluman dan berkongsi cara bagaimana ibubapa boleh membantu calon-calon SPM 2011 untuk meningkatkan pencapaian mereka. Di dalam program ini juga dijalankan sesi perkongsian cara belajat yang baik oleh 2 orang kakitangan Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) sebagai salah satu khidmat sosial mereka.
Hari guru diperingkat sekolah telah selamat dijalankan. Ribuan terima kasih atas usaha para pelajar terutamanya Badan Pengawas SMKG di atas melaksanakan program dengan jayanya.
(Klik gambar di bawah untuk lihat album) Program EFAC (English For All Camp) telah diteruskan dengan sesi bagi Tingkatan 3 dan 4.
Program EFAC (English For All Camp) merupakan satu program tahunan Panitia Bahasa Inggeris. Ianya bertujuan memberi peluang penggunaan Bahasa Inggeris secara holistik di kalangan para pelajar. Selain itu ia juga bermatlamat mengadakan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris berkonsepkan 'Fun Learning'. Program pada hari ini dimulakan dengan Sesi bagi Tingkatan Satu (sebelum rehat) dan Sesi bagi Tingkatan Dua (selepas rehat) |
Archives
December 2011
Categories
All
|