Setelah selesai mesyuarat guru, Mesyuarat Kurikulum pula menyusul.
Guru-guru telah bermesyuarat buat kali pertama bagi sesi persekolahn 2012 pada 27 Disember 2011 (Selasa). Ini bagi membincangkan perancangan-perancangan dan agihan tugas bagi tahun 2012. Mesyuaray dipengerusikan oleh Tuan Pengetua, Pn. Nor Hapipah bt. Abu Hanif.
Pada 23-28 Mei 2011, Pasukan Kadet Polis SMKG telah menghantar wakil-wakil kadet bagi menghadiri Kejohanan Menembak Kebangsaan. Anugerah yang diperoleh adalah:
1. JOHAN BERKUMPULAN MENEMBAK KEBANGSAAN 2. JOHAN KESELURUHAN KEBANGSAAN (oleh HAZIM BIN ADAM) TAHNIAH KAMI UCAPKAN! Program Keibubapaan Murid Tingkatan 5 telah dijalankan pada hari ini dengan di rasmikan oleh Yang Berhormat Dato Haji Mohamed Idris bin Haji Abu Bakar, ADUN Hulu Selangor. Program ini dijalankan dengan tujuan memberi makluman dan berkongsi cara bagaimana ibubapa boleh membantu calon-calon SPM 2011 untuk meningkatkan pencapaian mereka. Di dalam program ini juga dijalankan sesi perkongsian cara belajat yang baik oleh 2 orang kakitangan Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) sebagai salah satu khidmat sosial mereka.
Hari guru diperingkat sekolah telah selamat dijalankan. Ribuan terima kasih atas usaha para pelajar terutamanya Badan Pengawas SMKG di atas melaksanakan program dengan jayanya.
(Klik gambar di bawah untuk lihat album) Pn. Azura memberikan penjelasan perihal teknik-teknik menjawab. Seminar Teknik menjawab bagi calon-calon peperiksaan PMR dan SPM bermula hari ini iaitu dimulakan bagi subjek Bahasa Inggeris. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan teknik-teknik terkini format bagi setiap kertas peperiksaan yang akan diambil. Program ini diharap dapat membantu sekolah mencapai sasaran-sasaran peratusan peperiksaan yang telah dirancang. Program EFAC (English For All Camp) telah diteruskan dengan sesi bagi Tingkatan 3 dan 4.
Program EFAC (English For All Camp) merupakan satu program tahunan Panitia Bahasa Inggeris. Ianya bertujuan memberi peluang penggunaan Bahasa Inggeris secara holistik di kalangan para pelajar. Selain itu ia juga bermatlamat mengadakan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris berkonsepkan 'Fun Learning'. Program pada hari ini dimulakan dengan Sesi bagi Tingkatan Satu (sebelum rehat) dan Sesi bagi Tingkatan Dua (selepas rehat) En. Abd Halim mempegerusikan majlis Satu ceramah penerangan 1Malaysia dari Jabatan Penerangan daerah telah diadakan bertujuan memberi penerangan mengenai konsep 1Malaysia dan memupuk keharmonian dan perpaduan kaum. Tarikh: 13 April 2011 Masa: 2:30 p.m - 4:30 p.m Penceramah: En. Mustafa bin Osman, Pegawai Penerangan Daerah Hulu Selangor. Tarikh: 26 Mac 2011
Hari: Sabtu |
Archives
December 2011
Categories
All
|